Sunday, February 27, 2011

'jauh aku berjalan hari ni geng..'

Kota Kinabalu: last friday..bangun je dari tidur..baru aku teringat ada urusan yang belum selesai..
harus aku uruskan sebelum keberangkatan aku ke Johor Bahru awal april nanti.

aku capai handset kesayangan aku [sayang ke??]..terus post status kat pesbuk..
'nak g bangunan KWSP..nak g bangunan KWSP..nak g bangunan KWSP'
yup, nak g bangunan KWSP..ada urusan di sana.

tapi..pagi tu, ina [member master] mesej ajak g akuarium UMS..
3 tahun aku menuntut ilmu kat sini..waima sehari p0n aku belum pernah
tiada kesempatan buat lawatan muhibah ke akuarium tu [shame on me]
makanya dengan penuh berk0bar-kobar kami mahu ke sana..yeay!!!~
'ok geng, jam 10.30am kita gerak oke..tunggu kat bustop nanti aku datang amik ko'
aku reply mesej ina.

10.15am..ada satu mesej masuk..'ucuk, nanti nizam datang amik kereta ok'
tet~..masa tu aku da siap-siap nak p amik ina..
terpaksa last minute aku mesej ina cancel nak g akuarium.

tapi oleh kerana kami dah bersiap..
last-last kami ke unit keselamatan temankan ina buat sticker kereta-motor..
terpaksa kami naik bas UMS sebab tuan punya kereta datang nak amik kereta
masa tu da pukul 12 lebih, so kami plan having lunch kat library.

'geng, nanti aku nak g bangunan KWSP, ko nak ikut??' aku tanya ina..
ina jawab..'em xla k0t..'..ok takpe aku g s0rang..
[sememangnya aku suka g sorang-sorang kalau nak uruskan benda-benda macam ni]

sementara nak tunggu jam 2, aku lepak kat dalam library dengan ina..
nasib baik bawak laptop boleh online..
tapi wireless kat library macam silakak 'limited c0nnectivity'..
dah tak boleh online..wat d he bt0l..
pulak tu g megalab..e-mail + pesbuk pulak tak leh nak bukak..
lagi sekali wat d he bt0l..>_<"
makanya apalah yang kami buat di situ???!!!
last-last tolong ina cari bahan tuk research beliau..huehue.

dingd0ng!!!jam 2 sudah..kami bergerak ke bustop DKP..
ina tunggu bas nak balik k0lej..aku tunggu bas nak g KK..
[aku memang suka menggunakan pengangkutan awam ni..save budget..huhu]
time tu matahari memang sangat terik memancharkan dirinya..
aku pulak terlupa bawak payung [abislah 'ireng' anak cik musa ni]
dengan penuh kesabaran aku tunggu bas..tengok jam di tangan dah pukul 2.30pm..
aku mula resah..agak-agak pukul berapa nak sampai KK ni..
bimbang tak sempat nak g bangunan KWSP..biasalah kalau hari jumaat nih.

2.45pm bas p0n sampai..masuk-masuk je dalam bas..peh!!!punya panas walaup0n beraircond..
takpe..panas dunia..pheww!!~
dari UMS p KK takes time around half and hour..
[sebab bas dia jalan sel0w giler..kalah siput..aku siap tertid02 kat dalam bas]
tapi kalau naik kereta/motor sendiri dalam 15 minutes pon dah boleh sampai KK dah..
tambang plak RM 1.50 jer...:D

sampai je bandar KK mata aku melilau cari bangunan KWSP..
time tu dah pukul 3.15pm..nah!!!tu dia..aku harus ke sana segera..
tapi masalahnye..aku taktau nak berhenti kat mana..
so decide bagus aku berhenti kat terminal bas je la.

sampai je kat terminal bas KK, aku terus hayun langkah secepat yang mungkin..
aku perlu sampai ke bangunan KWSP sebelum jam 4..
at least aku ada half and hour nak uruskan urusan aku tu..
[biasanya 0pis g0vernment tutup 4.30pm..itu andaian aku la]

tapi untuk ke bangunan KWSP bermacam halangan yang perlu aku tempuhi..
mula-mula..aku kena lalu titi punya nipis papan dia [ok d0ne!!]
lepas tu..aku kena menyeberang jalan 3 l0rong n kereta bersimpang siur [ok d0ne!!]
aku kena lalu bangunan BSN [ok d0ne!!]
lepas bangunan BSN..aku kena lalu bangunan UMNO-BANK ISLAM [ok d0ne!!]
lepas tu aku kena seberang jalan lagi..aku kena lalu bangunan MAYBANK plak [ok done!!]
lepas tu aku kena berjalan lagi dalam 200 meter untuk sampai ke bangunan KWSP tu..
finally sampai juga bef0re 4pm..pheww~ [keluar peluh jantan der]
tengok kat pintu masuk KWSP..masa operasi sampai jam 4.45pm [oke la]

terus amik nombor giliran..sementara tunggu n0mbor aku naik..
aku susun-susun-prepare dulu d0kumen yang aku perlu hantar kat kaunter..
oke aku yakin urusan aku b0leh selesai hari ni juga sebab d0kumen aku 100% lengkap..
3067 - nombor giliran aku dipanggil..
'selamat petang encik'..kataku sambil tersenyum
aku hulurkan segala d0kumen yang diperlukan..
Pegawai KWSP tu check satu-satu d0kumen aku..
m0st of them c0mplet0..BUT [argh!!kenapa mesti ada but??!!]
'kamu kena dapatkan penyata akaun dulu dari pihak bank'
demm!!!~
'eh bukankah kalau itu untuk pengeluaran melebihi amaun rm 100k??'
'ndak [tak]..kita mesti dapatkan juga account statement dari pihak bank..
dan..ini kalau b0leh kamu satukan saja amaun yang kamu perlukan di dalam satu surat'
kata Pegawai KWSP tu sambil menghulurkan kembali segala d0kumen aku tu...

peh!!!macam kena sentap je beb..
masa tu dah pukul 4.30pm...nak g bank p0n dah x sempat..
aku berjalan pulang ke terminal bas dengan bermacam-macam perasaan..
ahh!!!malas nak layan..kaki p0n dah melecet [macam berjalan kat padang pasir der]
ketiak p0n da becak..ayuh kita pulang saja!!!

sampai UMS dalam pukul 6pm..
dah satu hal nak tunggu bas balik k0lej pulak..
sampai je bas...ramai giler duk berebut [biasala student u]..
aku malas nak amik p0rt..kal0 ada k0song lagi aku naik..
kal0 tak..duk berteleku la aku sampai malam tunggu bas..

dipendekkan cerita aku dapat jugak naik bas tu..
tapi [apa tapi..tapi nih??!!]
nak tak nak aku terpaksa melekatkan diri kat cermin depan yang besar gabak tu..
sebab bas penuh-pack giler dah macam kat dalam tin sardin..
phew nampak la segala kereta-kereta yang ada kat depan bas tu..
paling ngeri time bas tu nak brek..sipi-sipi je lagi d0wh nak cium kereta tu..

makanya aku selamat sampai k0lej tepat-tepat azan maghrib berkumandang..
dengan lemah l0nglai aku berjalan menuju ke rumah aku..




'terminal bas-bustand K0ta Kinabalu'


megalab yang sememangnya MEGA


takde keje b0ring duk tunggu bas

'JAUH AKU BERJALAN HARI NI GENG...'

0 comments:

Post a Comment