Wednesday, March 23, 2011

Susah nak menduga hati lelaki

Kota kinabalu  23/0/2011 4:31pm

Susah ke nak menduga hati lelaki ni??!aku ni ekceli nak s0lat asar..da pakai telekung da p0n..tapi tu la..kat dalam kepala otak duk bermain-main pers0alan ni..arghh harus ku leraikan juga..agar mendapat s0lat yang khusyuk..yang diterima Allah..hurm..

Tadi aku bermesej-mesetan ngan kawan aku..sejak dua tiga hari ni..dia tak siap-siap duk ngadu kat aku pasal s0rang mamat kat tempat kerja dia ni..and mamat tu kawan aku jugak..bila dengar aduan + rungutan dia pasal mamat tu..da rasa macam sexual harassment kat tempat kerja pulak aku rasa..hesh

SUSAH NAK MENDUGA HATI LELAKI

Bila difikir-fikir balik..kita ni sebagai perempuan memang agak sukar nak menduga apa yang ada dalam hati lelaki..apa yang ada dalam fikiran mereka..begitu juga sebaliknya..mestilah kadang-kadang lelaki pon fikir macam tu jugak..aku ada beberapa situasi yang menyebabkan kita ni sukar nak menduga hati lelaki ni..lets cekid0ut~

Situasi Pertama
C mamat yang kawan aku duk ngadu + rungutkan kat aku tu..aku kenal mamat ni da nak dekat setahun lebih..pernah bekerja bawah satu bumbung dengan dia..tak dinafikan dia ni kalau bercakap ayat semua nak mantap + p0wer dan bernas..kira apa yang dia cakap semua berasas la..dia ni se0rang yang berorientasikan kepada masa hadapan..lepas tu..bila baca blog dia..semua berkisar tentang isu-isu semasa..apa yang berlaku kat sekeliling dia sampai kadang-kadang sen0neng kepala aku baca blog dia tu..semua subjek yang berat-berat untuk difikir..bercerita je la apa-apa dengan dia..semua dia tahu and b0leh bercerita..daripada bab p0tong kuku ikut sunnah nabi sampai la ke peperangan yang berlaku kat Libya sekarang..bila teng0k perwatakan dia tu..b0le la juga di kategorikan sebagai alim warakdak..

tapi tu la..semua cakap dia je nak betul..bila kita cr0ss sikit cakap dia..mula la nak merajuk..sensitip..lepas tu suka nak cakap lepas pasal orang..bila kita balas balik cakap dia..terus tarik muka..0h men~..lagi satu yang tak-berapa-berkenan sangat dengan perangai dia ni..suka ‘mintak puji’ or perasan or bajet dia tu seorang yang sangat ensem..oh please la~

yang kawan aku duk mengadu kat aku ni..mamat ni da mula naik tocang..da mula berani nak bertepuk tampar dengan kawan aku ni..penah sekali dia g pukul b*nt*t sorang kawan perempuan kiteorang ni..APAKAH ITU??!..yang kawan aku ni pernah kena sekali dengan dia..bayangkan la..dalam lif dengan orang ramai macam tu selamba je mamat ni pegang-pegang bahu kawan aku tu..tak tahu ke dia bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim ni haram..depan khalayak ramai lagi tu..tak tahu ke dia apa perasaan kawan aku tu bila diperlakukan begitu??macam tu ke orang yang BERILMU dan BERAMAL SOLEH?? Hesh susah nak menduga hati lelaki ni

Situasi Kedua
seorang senior executive..sudah berkahwin..sang isteri tersangat la cantik..umur da nak masuk 40-an tapi masih pandai jaga body..masih bergetah..pandai memasak..bila sang isteri bawakkan bekal or makanan untuk sang suami sebagai santapan bersama rakan sekerja..selalu la kena puji masakan sang isteri sangat sedap..bertuah sang suami dapat sang isteri yang pandai memasak..cantik lagi tu..kembang la sang suami mendapat puji-pujian sebegitu..kalau korang mesti korang fikir..mesti sang suami tersangat la sayangkan sang isteri..setia bersama sang isteri..membahagiakan sang isteri..tapi…

kenapa masih lagi mahu bermain dengan api??bermain luar..setiap pagi [andaian aku la] sang isteri menghantar sang suami sampai ke muka pintu..melambai dengan penuh kasih sayang kepada sang suami yang mahu keluar mencari rezeki yang halal untuk mereka..mati-mati la sang isteri ingat sang suami rajin bersungguh-sungguh bekerja tak fikir yang lain hanya sibuk bekerja bekerja dan bekerja..tetapi tahukah sang isteri apa yang dilakukan oleh sang suami bila di pejabat??tidak tahu kan..mari aku cerita meh..

sang suami ni memang la terkenal dengan perangai ‘pijak semut pon tak mati’ bila depan isteri..dia punya penyakit TB [takut bini]..sebab dulu pernah kedapatan dia ada kekasih gelap..apa lagi mengamuk sakan la sang isteri..selalu kena update dengan sang isteri buat apa..ke mana..telep0n 24jam selalu je berdering..panggilan daripada sang isteri..tapi kalau dah namanya lelaki..selicik-licik manusia..tetap juga nak main kayu tiga..baru-baru ni dikhabarkan sang suami sedang hangat bermain chenta dengan dara pujaan pejabat bersebelahan…yang si perempuan tu pun satu..dah tau si lelaki ni berstatus laki orang masih lagi nak layan..tak faham aku dengan dunia ni..yang si lelaki ni pulak..’tepuk tangan sebelah takkan berbunyi’..sama-sama kasih..kasihan la sang isteri mati-mati percaya kepada sang suami..setia bersama sang suami..padahl sang suami??..SUSAH NAK MENDUGA HATI LELAKI ni kan??

Situasi Ketiga
sang dara dan sang teruna berkenalan via alam maya..via pesbuk if im not mistake..sang teruna di semanjung tanah air dan sang dara berada di timur laut Malaysia..selalu lah mereka ni berhubung..pernah sekali sang teruna cakap dengan sang dara..semua dia dah ada..kerja yang mantap..kereta..rumah..Cuma isteri permaisuri hidup je dia takde..sang teruna ingin mencari seorang isteri..sang dara terkedu..tambah sang teruna lagi..dia da tunjuk gambar sang dara kepada emak sang teruna..emak sang teruna tidak membantah malah bertanya bila mahu terbang ke timur laut sana..tetapi cerita itu tergantung di situ sahaja..makanya sang dara mengandaikan sang teruna hanya bermain-main sahaja..lagipun sang dara belum bersedia lagi….

Untuk seketika mereka terputus hubungan…namun kembali terjalin bila sang teruna menghantar mesej ringkas kepada sang dara..bila ditanya apa perkhabaran sang teruna di sana..alangkah terkejutnya sang dara bila mendapat tahu sang teruna sudah berkahwin..berkahwin dengan bekas kekasih sang teruna itu sendiri..sang dara menjadi keliru..kenapa sang teruna masih mahu menghubungi sang dara lagi..rupa-rupanya..perkahwinan sang teruna dengan bekas kekasihnya tidak mendapat restu daripada emak sang teruna..sang teruna buntu macam mana nak menyatukan isterinya dengan emaknya..sang dara lagilah keliru..haruskah sang dara masuk campur urusan rumahtangga sang teruna??bagaimana dengan perancangan sang teruna yang kunun-kunun mahu menyunting sang dara sebagai isteri??rupa-rupanya..selama ini sang teruna sering menunggu sang dara bersuara..bersuara meluahkan perasaan kepada sang teruna..HARUSKAH begitu??bukankah sepatutnya sang teruna yang seharusnya memulakan langkah pertama dulu??ouh..maka betullah peribahasa perigi mencari timba itu??..hurm…SUSAH NAK MENDUGA HATI LELAKI NI

Nota kaki: tadi aku berhenti s0lat asar bila part situasi kedua tu ea..zasss!!~ 

3 comments:

  1. SELMAT BERKENalan..
    dtang dari blog bro ben....
    saya pun newbiee gak...
    tapi tak dapat join...
    jom jadi member nak?

    ReplyDelete
  2. hye prince..

    salam perkenalan jugak =D

    ReplyDelete
  3. Twin disasters in 2014, including the disappearance of Flight 370 en route from Kuala Lumpur to Beijing, hurt the airline's reputation. But Mueller said its main problems were an unsustainable network of routes, high operating costs and archaic information technology systems, among Watch Online Jobs Alerts On Jawatankosong.

    ReplyDelete